Insentif RM1,000 Khas Ibu Bekerja
Program MamaKerja 2.0 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang diwujudkan bagi membantu ibu yang bekerja mendapatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan anak yang selamat, berkualiti dan berdaftar.
Melalui program ini, bantuan diberikan bagi meringankan kos penghantaran anak ke taska, tadika atau pusat jagaan, sekali gus menyokong penyertaan wanita dalam tenaga kerja serta kesejahteraan keluarga. Mohon sekarang di aplikasi Nine.
Permohonan akan dibuka pada 17 Ogos 2026 dan ditutup setelah mencapai kuota 10,000 penerima yang diluluskan.
Soalan Lazim
Program MamaKerja 2.0 diwujudkan bagi menghargai dan menyokong golongan wanita yang bekerja dengan menyediakan bantuan kewangan untuk membantu meringankan beban kos penjagaan anak-anak.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan keluarga serta menggalakkan lebih ramai wanita untuk terus aktif dalam sektor pekerjaan.
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah pengundi di Selangor
- Pemohon Wanita bekerja yang mempunyai slip gaji atau akuan pendapatan yang disahkan
- Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
- Mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah
- Bukan penerima Program BINGKAS, MamaKerja 1.0 dan TUNAS
- Anak dihantar ke tadika dan taska berdaftar, atau pengasuh yang menyertai kursus IItizam Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK)
Insentif MamaKerja 2.0 akan diberikan kepada 10,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan sebanyak RM500 bagi Fasa 1
Bagi Fasa 2, pemohon akan menerima sebanyak RM500 lagi, 90 hari selepas menerima bantuan di Fasa 1.
Inidividu yng berminat boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Nine.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan/atau pasangan
- Salinan MyKid/Sijil Kelahiran anak/Sijil Anak Angkat (anak berumur 6 tahun dan ke bawah)
- Salinan penyata gaji pemohon yang terkini (yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
- Salinan penyata gaji pasangan terkini ATAU Surat Pengesahan Pendapatan (jika tiada penyata gaji)
- Salinan Penyata Bank pemohon yang aktif
- Dokumen/Slip Pengesahan Pengundi Selangor (boleh didapatkan di laman rasmi SPR)
Semua dokumen yang dimuat naik akan melalui proses semakan yang mengambil masa proses kelulusan selama 45 hari bekerja.
Sekiranyan permohonan anda berstatus “Dokumen Tidak Lengkap“, butang “Muat Naik Dokumen” akan dipaparkan di halaman Status Permohonan. Sila klik pada butang tersebut untuk memuat naik semula dokumen. Kemaskini dokumen hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja.
Bagi mengelakkan terlepas status “Dokumen tidak Lengkap“, anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status permohonan anda melalui halaman Status Permohonan di dalam Aplikasi Nine.
Tidak layak. Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
Ya, pemohon perlu mengisi Borang Akuan Sumpah sekiranya berkerja sendiri dan perlu mendapatkan pengesahan Persuruhjaya Sumpah
Ya. Anda cuma perlu mengemukakan salinan Sijil Pengangkatan anda yang sah sebagai bukti.
Surat pengesahan pendapatan beliau perlu disahkan melalui Pesuruhjaya Sumpah.
Permohonan hanya boleh dilaksanakan melalui Aplikasi Nine sahaja.
Ya. Pemoohon diwajibkan untuk mengaktifkan fungsi E-Dompet di dalam Aplikasi Nine bagi memudahkan penyaluran insentif Program MamaKerja 2.0.
Keputusan permohonan anda akan dikeluarkan selepas tempoh 45 hari bekerja.
Penyaluran akan dibuat dalam tempoh 2 hari bekerja melalui Aplikasi Nine daripada tarikh status permohonan berjaya dikemaskini dalam sistem.
Untuk bantuan dan pertanyaan berkaitan program:
- Wanita Berdaya Selangor: +03-55454879
Untuk bantuan dan pertanyaan berkaitan aplikasi:
- Aplikasi Nine: +603-7622 2519
Perlukan Bantuan?
Wanita Berdaya Selangor:
+03-55454879
Isnin - Jumaat
(9:00 am - 5:00 pm)
+603-7622 2519 Panggilan/Whatsapp
Monday – Friday (9:00 am – 5:00 pm)
Emel Bantuan: [email protected]