PAKEJ PENGUKUHAN DAYA TAHAN SELANGOR
Subsidi Pengangkutan Awam Warga Selangor
Jimat kos perjalanan anda dengan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM180 daripada Kerajaan Negeri Selangor. Terima RM30 setiap bulan selama enam bulan dengan membuat permohonan melalui aplikasi Nine mulai 1 Jun 2026. Kuota terhad kepada 50,000 pemohon terawal.
Tentang Program
Program Subsidi Tambang Pengangkutan Awam merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang bertujuan membantu mengurangkan beban kos perjalanan harian rakyat. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan subsidi bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih menjimatkan, mudah diakses dan mesra alam. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh mobiliti harian serta menyokong agenda pembangunan bandar yang lebih mampan dan inklusif.
Penggunaan pengangkutan awam akan diperluaskan lagi dalam fasa seterusnya bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada sistem mobiliti yang lebih mudah, berkesan dan berpatutan.
Permohonan dibuka mulai 1 Jun 2026 dan terhad kepada 50,000 pemohon terawal sahaja.
Setelah muat turun aplikasi dan daftar akaun, klik pada banner program di halaman utama aplikasi
Selepas membaca terma dan akuan penerimaan polisi, isikan dan sahkan maklumat yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.
Permohonan berjaya dihantar dan notifikasi pemberitahuan status akan dihantar setelah permohonan diluluskan.
Soalan Lazim
Subsidi akan dikreditkan ke dalam akaun anda sehari selepas permohonan diluluskan.
Tarikh Pembukaan Permohonan: 1 Jun 2026
Tarikh Mula Program: 15 Jun 2026
Tarikh Tamat Program: 15 Disember 2026
Pemohon mestilah:
• Warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
• Mempunyai telefon pintar bagi menerima dan menggunakan subsidi melalui aplikasi Nine.
• Menetap di kawasan yang menyediakan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) yang ditetapkan.
Nota: Subsidi ini terhad kepada 50,000 pemohon yang layak dan akan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.
Pemohon yang diluluskan tetapi tidak menggunakan subsidi (0% penggunaan) selama dua (2) bulan berturut-turut boleh menyebabkan kelayakan mereka dibatalkan secara automatik.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rantaian Mesra Sdn. Bhd.
E-mel: [email protected]
Program ini mengutamakan pembelian pakaian seragam sekolah bagi setiap anak penerima. Penebusan tidak akan diproses sekiranya barangan pertama yang ditebus bukan uniform sekolah. Baki bantuan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan sekolah lain yang telah disahkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor, dengan tertakluk kepada hak pekedai untuk menolak transaksi bagi barangan yang tidak dibenarkan.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah berkaitan pembayaran, sila hubungi Pasukan Sokongan Nine serta sertakan dokumen sokongan yang berkaitan untuk tujuan siasatan. Selain itu, anda juga boleh menukar kaedah pembayaran dalam aplikasi DRT.
E-mel: [email protected]
Tel/WhatsApp: 03-7622 2519
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang
Selepas pembayaran berjaya dibuat, resit pembayaran tempahan akan dipaparkan dalam aplikasi Nine. Semasa menaiki kenderaan, sila luncurkan (slide) resit pembayaran tersebut untuk menebus tempahan anda.
Penting:
Setelah pembayaran diaktifkan, tempoh penebusan hanya sah selama 60 minit. Pastikan anda membuat penebusan sebaik sahaja menaiki kenderaan.
Ya. Sebarang pembayaran tempahan yang tidak ditebus akan luput secara automatik selepas satu (1) jam daripada masa pembayaran berjaya dibuat.
Sebelum mengakses borang permohonan, anda perlu mengaktifkan e-Wallet Nine terlebih dahulu. Ini bagi memastikan bahawa setelah permohonan anda diluluskan, subsidi dapat dikreditkan terus ke dalam Poket Subsidi di aplikasi Nine.
- Buat tempahan melalui aplikasi DRT.
- Buka aplikasi Nine dan pilih perkhidmatan Subsidi Pengangkutan, kemudian masukkan:
• Nama Penumpang (diisi secara automatik)
• Pengendali DRT
• ID Tempahan DRT (rujuk aplikasi DRT)
• Amaun Bayaran - Masukkan PIN Pembayaran 6 digit anda.
- Pembayaran berjaya diselesaikan.
Bagi permohonan bayaran balik, sila hubungi khidmat pelanggan pengendali DRT yang berkenaan. Setelah permohonan disemak dan diluluskan, bayaran akan dipulangkan secara automatik ke akaun anda.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rantaian Mesra Sdn. Bhd.
E-mel: [email protected]
Sekiranya baki Poket Subsidi anda tidak mencukupi, transaksi pembayaran akan gagal. Semua pembayaran di bawah program ini hanya boleh dibuat menggunakan baki dalam Poket Subsidi aplikasi Nine. Baki daripada Dompet Utama (Main Wallet) tidak boleh digunakan untuk tujuan pembayaran di bawah program ini.
Menghadapi sebarang masalah?
Sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi:
- 03-7622 2519 (Panggilan/Whatsapp)
- [email protected]
Waktu Operasi
- Isnin - Ahad 9 pagi - 10 malam
© 2026 Program Subsidi Tambang Pengangkutan Awam Selangor