PAJEK PENGUKUHAN DAYA TAHAN SELANGOR
Subsidi Pengangkutan Awam Warga Selangor
Jimat kos perjalanan anda dengan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam RM180 daripada Kerajaan Negeri Selangor. Terima RM30 setiap bulan selama enam bulan dengan membuat permohonan melalui aplikasi Nine mulai 1 Jun 2026. Kuota terhad kepada 50,000 pemohon terawal.
Tentang Program
Program Subsidi Tambang Pengangkutan Awam merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang bertujuan membantu mengurangkan beban kos perjalanan harian rakyat. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan subsidi bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih menjimatkan, mudah diakses dan mesra alam. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh mobiliti harian serta menyokong agenda pembangunan bandar yang lebih mampan dan inklusif.
DRT
Perkhidmatan pengangkutan fleksibel yang beroperasi berdasarkan permintaan pengguna melalui tempahan. Van Demand-Responsive Transit (DRT) membantu menghubungkan penumpang dari kawasan perumahan atau lokasi tertentu ke hab pengangkutan awam dan destinasi berdekatan dengan lebih mudah dan efisien.
1) Rapid On Demand
2) Kummute
Penggunaan pengangkutan awam akan diperluaskan lagi dalam fasa seterusnya bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada sistem mobiliti yang lebih mudah, berkesan dan berpatutan.
Permohonan dibuka mulai 1 Jun 2026 dan terhad kepada 50,000 pemohon terawal sahaja.
Setelah muat turun aplikasi dan daftar akaun, klik pada banner program di halaman utama aplikasi
Selepas membaca terma dan akuan penerimaan polisi, isikan dan sahkan maklumat yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.
Permohonan berjaya dihantar dan notifikasi pemberitahuan status akan dihantar setelah permohonan diluluskan.
Menghadapi sebarang masalah?
Sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi:
- 03-7622 2519 (Panggilan/Whatsapp)
- [email protected]
Waktu Operasi
- Isnin - Ahad 9 pagi - 10 malam
© 2026 Program Subsidi Tambang Pengangkutan Awam Selangor