Program Bantuan Keperluan Sekolah

Program Bantuan Keperluan Sekolah merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi membantu lebih daripada 30,000 golongan Asnaf dan Muallaf yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Penerima boleh membuat penebusan di pekedai yang telah didaftarkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula 13 Disember 2025 sehingga 13 Mac 2026 melalui Aplikasi Nine bagi memastikan pembelian yang lebih mudah dan efisien.

 

Terma & Syarat — Program KPS

Garisan panduan dan peraturan untuk penerima bantuan melalui platform Nine yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

1. Kelayakan Penerima

Penerima hanya layak sekiranya sudah disahkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Keputusan kelayakan adalah muktamad mengikut rekod LZS.

2. Tempoh Penebusan

Tempoh penebusan sah bermula 20 Disember 2025 sehingga 20 Mac 2026. Semua penebusan mesti dilaksanakan dalam tempoh ini; sebarang penebusan selepas tarikh tamat tidak akan diterima.

3. Nilai Kelayakan

Nilai yang dimasukkan ke platform penerima adalah untuk tujuan penebusan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai wang tunai Ringgit Malaysia. Nilai tersebut hanya boleh digunakan mengikut terma program ini.

4. Penebusan & Pembelian Barangan

Penebusan hendaklah mengutamakan pembelian pakaian seragam sekolah bagi setiap anak yang layak. Selepas keperluan pakaian seragam dipenuhi, baki boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan sekolah lain yang diluluskan oleh LZS.

Peniaga berhak menolak sebarang transaksi bagi barangan selain pakaian seragam sekolah sekiranya pembelian utama tersebut belum dilaksanakan.

5. Jumlah & Baki Penebusan

Jumlah bantuan adalah muktamad seperti yang ditetapkan dan tidak boleh diubah selepas pengagihan, kecuali terdapat pengemaskinian rasmi daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Baki yang tidak ditebus selepas tarikh tamat akan luput serta-merta. LZS tidak akan mengganti atau memulangkan baki Poket Digital KPS yang tidak digunakan oleh penerima atau sub-penerima.

6. Had & Jenis Barang Dibenarkan

Penebusan hanya dibenarkan untuk barangan keperluan sekolah yang diluluskan seperti berikut:

  • a) Uniform Sekolah
  • b) Beg
  • c) Kasut
  • d) Alat Tulis

Selain daripada yang dinyatakan, hanya barangan lain yang mendapat kelulusan LZS sahaja dibenarkan. Penebusan untuk barang bukan keperluan sekolah seperti rokok, minuman keras, barangan hiburan, atau barangan rumah adalah tidak dibenarkan. Pekedai berhak menolak transaksi untuk barangan yang tidak diluluskan oleh LZS.

7. Larangan Penukaran Kepada Wang Tunai

Bantuan ini tidak boleh ditukar kepada wang tunai dalam apa jua keadaan seperti yang ditetapkan oleh LZS. Penebusan hendaklah dibuat bagi pembelian barangan yang dibenarkan di bawah program ini sahaja.

Penerima dinasihatkan agar tidak melakukan pertukaran tunai, manipulasi harga atau sebarang usaha untuk mendapatkan keuntungan peribadi daripada dana bantuan ini.

8. Pembelian Di Pekedai Diluluskan

Penebusan hanya dibenarkan di cawangan pekedai yang telah diluluskan oleh LZS. Antara pekedai yang terlibat adalah:

  • a) My Sutera Sdn. Bhd. (Canggih)
  • b) Pasaraya Borong Sakan (Sakan)
  • c) Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel)
  • d) Hari-Hari Bumijaya Sdn. Bhd. (Pusat Pakaian Hari-hari)
  • e) Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS)

Senarai pekedai boleh dikemas kini dari masa ke semasa oleh LZS. Semak cawangan yang diluluskan sebelum melakukan penebusan.

Makluman Penting

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi khidmat pelanggan untuk penjelasan lanjut. Penggunaan dana mesti mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan di atas.

Dikemaskini pada: 19 November 2025

Sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi:

Waktu Operasi

© 2025 Program Zakat KPS – Lembaga Zakat Selangor