Selangor Intelligent Parking

Ciri pembayaran parkir pintar yang diintegrasikan dalam Aplikasi Nine, menawarkan pengalaman parkir tanpa tunai dan lancar dibawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor. Pengguna boleh membayar, melanjutkan tempoh parkir dan mengurus sesi parkir dengan mudah melalui aplikasi. Sistem kemaskini masa nyata serta integrasi sistem PBT untuk kemudahan dan pematuhan.

Soalan Lazim

Bagaimana saya boleh membuat bayaran parkir melalui Nine?

Untuk membuat pembayaran parkir melalui platform Nine, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1:
Pergi ke bahagian Perkhidmatan Parkir di bawah menu perkhidmatan

Langkah 2:
Masukkan/Pilih nombor plat kenderaan anda

Langkah 3:
Pilih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan atau aktifkan tag lokasi GPS untuk pengesanan automatik

Langkah 4:
Tekan "Bayar" untuk meneruskan

Langkah 5:
Pilih tempoh parkir yang diinginkan

Langkah 6:
Sahkan dan masukkan PIN pembayaran 6 digit anda untuk meneruskan transaksi

Langkah 7: Setelah pembayaran berjaya, resit digital akan dikeluarkan untuk rujukan anda

   

   

   

Bagaimana saya boleh membayar kompaun parkir melalui Nine?

Untuk menyelesaikan kompaun parkir melalui platform Nine, ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1:
Pergi ke bahagian Perkhidmatan Parkir di bawah menu perkhidmatan

Langkah 2:
Klik ikon "Kompaun" di halaman utama parkir

Langkah 3:

Masukkan nombor plat kenderaan atau nombor kompaun anda

Langkah 4:
Pilih kompaun dan klik "Bayar"

Langkah 5:
Masukkan PIN pembayaran 6 digit anda untuk mengesahkan pembayaran

Langkah 6:
Setelah transaksi berjaya, resit digital akan dijana untuk rekod anda

 

 

Bolehkah saya membayar sesi parkir untuk nombor plat kenderaan yang berbeza?

Ya, platform Nine membenarkan anda membuat bayaran parkir untuk pelbagai kenderaan.

Jika anda menghadapi sebarang isu berkaitan bayaran parkir atau kompaun, sila hubungi pasukan sokongan kami di 0197080766 / 0197020766 atau email kepada [email protected] untuk bantuan lanjut.

Bolehkah saya muat turun atau kongsi resit parkir atau kompaun saya?

Ya, boleh. Pergi ke bahagian Resit Parkir Digital yang terletak di bawah halaman utama parkir. Pilih transaksi yang berkaitan untuk muat turun atau kongsikan resit seperti yang diperlukan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) manakah yang kini menyokong pembayaran kompaun?

Pada masa ini, pembayaran kompaun tersedia untuk pihak berkuasa berikut:

  • Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPSelayang)
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Sokongan untuk PBT lain akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bolehkah saya menyemak sesi parkir aktif saya?

Ya, anda boleh melihat sesi parkir aktif anda di bahagian bawah halaman utama parkir.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) manakah yang kini menyokong parkir?

Perkhidmatan parkir kini tersedia untuk pihak berkuasa tempatan berikut:

  • Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPSelayang)
  • Majlis Perbandaran Kajang (MPK)
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  • Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
  • Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
  • Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)