Program Bantuan Keperluan Sekolah

Program Bantuan Keperluan Sekolah merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi membantu lebih daripada 30,000 golongan Asnaf dan Muallaf yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Penerima boleh membuat penebusan di pekedai yang telah didaftarkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula 20 Disember 2025 sehingga 19 Mac 2026 melalui Aplikasi Nine bagi memastikan pembelian yang lebih mudah dan efisien.

Tentang Program

Inisiatif ini bertujuan membantu penerima menyediakan kelengkapan persekolahan yang mencukupi bagi menghadapi sesi persekolahan 2026 dengan menebus jenis barangan persekolahan seperti berikut:

  • Pakaian Sekolah

    Set lengkap pakaian sekolah termasuk baju, seluar atau kain, bagi memastikan pelajar asnaf dapat bersekolah dengan kemas dan selesa. Pembelian pakaian seragam adalah wajib sebelum penerima dibenarkan membuat pembelian barangan keperluan persekolahan yang lain.

  • Alat Tulis

    Bantuan turut merangkumi set alat tulis asas seperti pensel, pen, pemadam, pembaris dan beg sekolah. Barangan ini membantu pelajar asnaf melengkapkan keperluan pembelajaran harian dengan lebih tersusun dan efisien.

  • Lain-Lain

    Selain barangan utama, penerima bantuan juga boleh menebus barangan lain yang telah disahkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengikut keperluan persekolahan anak-anak.

Lebih 30,000

Penerima Bantuan

RM15 Juta

Agihan Dana Bantuan

Lebih 90

Kedai Barangan Sekolah

Aplikasi Super Nine

Terima dan Guna Secara Digital

Penerima Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) akan menerima dana bantuan secara digital melalui aplikasi Nine. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam poket khas yang dibangunkan buat penerima, membolehkan mereka membuat pembelian barangan keperluan sekolah di kedai terpilih dengan mudah, selamat dan tanpa tunai.

Cipta Akaun

Aktifkan Poket Program

Penebusan & Pemindahan

Sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi:

Waktu Operasi

© 2025 Program Zakat KPS – Lembaga Zakat Selangor