Langkah 1

Pada halaman utama aplikasi Nine, tekan pada banner Program Bantuan Keperluan Sekolah atau ikon Lembaga Zakat Selangor

Langkah 2

Halaman tentang Program Bantuan Keperluan Sekolah akan dibuka. Tekan “Mulakan” untuk mengaktifkan poket program Zakat KPS

Langkah 3

Platform akan mengesahkan kelayakan anda sebagai penerima bantuan Program Zakat KPS.

Untuk mula menggunakan nilai kelayakan, anda perlu menetapkan PIN penebusan terlebih dahulu

Langkah 4

Tetapkan PIN Penebusan sebagai ciri keselamatan untuk membuat transaksi penebusan di kedai

Langkah 5

Setelah selesai, anda sudah boleh membuat penebusan dengan menekan butang “Penebusan” dan menggunakan ciri-ciri yang lain