Penerima Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) akan menerima dana bantuan secara digital melalui aplikasi Nine. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam poket khas yang dibangunkan buat penerima, membolehkan mereka membuat pembelian barangan keperluan sekolah di kedai terpilih dengan mudah, selamat dan tanpa tunai.