Program Bantuan Keperluan Sekolah
Program Bantuan Keperluan Sekolah merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi membantu lebih daripada 30,000 golongan Asnaf dan Muallaf yang mempunyai anak-anak yang bersekolah.
Penerima boleh membuat penebusan di pekedai yang telah didaftarkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula 20 Disember 2025 sehingga 19 Mac 2026 melalui Aplikasi Nine bagi memastikan pembelian yang lebih mudah dan efisien.
Soalan Lazim
Penebusan boleh dibuat melalui Aplikasi Nine. Penerima hanya perlu log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan akaun yang telah didaftarkan, pilih Zakat Selangor KPS.
Tarikh penebusan boleh dilakukan bermula dari 20 Disember 2025 sehingga 19 Mac 2026
Penerima boleh membeli barangan keperluan sekolah yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor. Untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini (Link:xxxxxxxx)
Pembelian boleh dibuat di pekedai yang terpilih dan dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini (Link: xxxxxxx)
Program ini mengutamakan pembelian pakaian seragam sekolah bagi setiap anak penerima. Penebusan tidak akan diproses sekiranya barangan pertama yang ditebus bukan uniform sekolah. Baki bantuan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan sekolah lain yang telah disahkan dan diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor, dengan tertakluk kepada hak pekedai untuk menolak transaksi bagi barangan yang tidak dibenarkan.
Tidak, barangan bantuan tidak boleh ditukar kepada wang tunai selepas penebusan. Sebarang pertukaran hanya dibenarkan dengan kategori barangan yang sama. Sebagai contoh, baju sekolah hanya boleh ditukar dengan baju sekolah lain yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Tidak, bantuan hanya boleh digunakan untuk penebusan barangan keperluan sekolah yang telah diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor. Pembelian barangan selain daripada senarai yang ditetapkan tidak dibenarkan dan transaksi penebusan akan ditolak.
Penebusan mungkin tidak berjaya kerana:
- Baki Poket Digital KPS tidak mencukupi – pastikan baki mencukupi sebelum membuat penebusan.
- Sambungan internet tidak stabil – pastikan internet anda stabil.
- Syarat utama program belum dipenuhi – pembelian mesti uniform sekolah untuk setiap anak yang bersekolah.
Sekiranya masalah berterusan, hubungi:
- Talian: 03-7622 2519 / 016-253 4199 / 016-435 4199
- Emel: [email protected]
Sebarang baki yang masih terdapat dalam Poket Digital KPS selepas 13 Mac 2026 akan dipulangkan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor. Baki tersebut tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Sila rujuk langkah-langkah di bawah:
Sekiranya anda ingin membuat pengemaskian no telefon sila hubungi:
- Talian: 03-7622 2519 / 016-253 4199 / 016-435 4199
- Emel: [email protected]
Sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi:
- 03-7622 2519
- 016 – 253 4199 / 016 – 435 4199
- [email protected]
Waktu Operasi
- Isnin - Ahad 9 pagi - 10 malam
© 2025 Program Zakat KPS – Lembaga Zakat Selangor